Texts

KEROPOK PANAS CEPAT KLIK DIBAWAH INI CLICK HERE

Sunday, January 9, 2011

realone90..lawak2

wartawan yang nyanyuk.......PELUPA


Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. 
Tanpa berlengah dai terus menelefon teksi. Sebaik teksi sampai, 
dia terus membuka pintu lalu menyerahkan alamat tempat kejadian kepada pemandu.


Orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah untuk
 mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemu bual beberapa jiran dan 
keluarga mangsa. Kemudian dia menghampiri seorang lelaki yang begitu asyik memerhatikannya bertugas.


"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan kepda lelaki itu.


"Tidak," jawab lelaki tersebut.


"Mungkin ahli keluarga mangsa?" soal wartawan lagi.


"Tidak…saya tiada kaitan langsung dengan mangsa."


"Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini?" tanya wartawan lagi.


"Kerana saya adalah pemandu teksi yang bawa awak ke sini. 
Saya menunggu tambangnya yang belum dibayar," kata lelaki itu.    realone90.blogspot.comhttp://realone90.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

JOM SKODENG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog