Texts

KEROPOK PANAS CEPAT KLIK DIBAWAH INI CLICK HERE

Tuesday, January 11, 2011

REALONE90 REMPIT...

kisah rempit



Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata
 untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah 
menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil 
menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.


Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan 
di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan 
di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya
 membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga 
tembus ke belakang tengkuk Zaki.


Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang
 anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya
 kepada Doktor tentang keadaan anaknya,


Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang
 tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya,
 anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang 
keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
readmore>>>

No comments:

Post a Comment

JOM SKODENG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog